Monday 21 November 2011

Langkah-langkah untuk mengatasi keruntuhan sahsiah pelajar akibat daripada penggunaan teknologi

Langkah pertama adalah kempen penggunaan teknologi secara positif haruslah diadakan. Melalui kempen ini, para pelajar diberi pendedehan tentang hukuman untuk penyalahgunaan teknologi seperti akta jenayah computer 1997 dan akta multimedia 1998. Dengan ini, pelajar boleh menghindarkan diri mereka daripada terlibat dalam jenyah cyber. Selain itu, melalui kempen ini, pelajar juga diber pengetahuan tentang pelbagai manfaat yang boleh mereka memiliki melalui komputer seperti mencari informasi untuk kerja kursus dan sebagainya
Langkah yang kedua adalah, pihak sekolah haruslah memainkan peranan dalam mengawal pelajar mereka daripada mencari informasi-informasi seperti informasi lucah dan gengsterism yang boleh mencemarkan minda mereka. Pihak sekolah haruslah menyekat semua laman web -laman web seperti itu supaya pelajar tidak dapat melayari laman web seperti itu.
Langkah ketiga adalah pihak sekolah haruslah menguatkuasa kan peraturan iaitu pelajar tidak dibenarkan menggunakan komputer tanpa kebenaran guru. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menggunakan komputer apabila guru tengah mengajar supaya kredibiliti pelajar tidak tercabar. Guru-guru haruslah diberi penghormatan sepenuhnya semasa telah mengajar di sekolah. Tambahan pula, amalan ini akan menjadikan pelajar tidak akan bergantung kepada komputer sepenuhnya untuk mencari penyelesaian untuk semua masalah yang dihadapi.


langkah keempat adalah ibu bapa haruslah memainkan peranan dalam mengawalanak-anak mereka daripada melayari website-website yang tidak senonoh. contohnya, ibu bapa boleh menukar setting di lam web google atau internet explorer kepada "parental control". dengan ini, pelajar itu tidak akan dapat melayari apa-apa website yang tidak sesuai untuk diri mereka.


langkah kelima adalah pelajar-pelajar itu sendiri haruslah sedar tentang baik buruk tentang penggunaan teknolologi. mereka patut mengetahui tentang akibat salah guna komputer kepada diri mereka. mereka juga haruslah sentiasa menasihati rakan-rakan mereka juga supaya tidak menyalahguna komputer.

7 comments:

  1. Saya setuju dengan langkah yang anda nyatakan. Terutamanya peranan ibubapa dalam membendung masalah ini. Ibubapa merupakan aspek penting kerana, mereka dapat mendidik anak –anak mereka dari rumah. Selain itu, ibubapa juga haruslah bercakap dengan anak -anak mereka mengenai impak negatif sekiranya anak- anak melayari video-video yang lucah.

    Primila A/P Elangkumar
    A129165

    ReplyDelete
  2. Hai.

    Langkah-langkah yang dinyatakan sememangnya wajar diambil memandangkan perkara ini seperti telah menjadi virus yang boleh merebak dengan pantas dan merosakkan jika tidak diatasi dengan sempurna.

    Tetapi, langkah untuk memberi pendedahan mengenai akta-akta yang berkenaa itu mungkin kurang sesuai kerana pelajar mungkin tidak akan memahami perkara-perkara tersebut. Cara yang lebih mudah untuk kempen tersebut ialah, dengan mendedahkan beberapa contoh berkenaan individu yang telah ditahan serta nyatakan hukumannya sahaja. Kaedah (memberikan contoh yang sesuai) ini lebih jelas walaupun tidak terlalu terperinci.

    (^^,)

    Nama: Nurul Farhana Jalani
    Martik: A128600
    Emel: farrahannaj_89@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. Saya bersetuju dengan langkah-langkah yang dinyatakan dan semua ini perlu dipraktikkan agar masalah sebegini dapat diatasi sebelum mencapai tahap yang kritikal. Pada pendapat saya,langkah ini harus bermula dari rumah kerana para pelajar mungkin akan berasa sambil lewa tanpa sebarang pantauan. Ini menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah. Selain itu, ibu bapa juga harus memberi pendedahan awal kepada ancaman-ancaman siber agar mereka lebih berwaspada di samping peranan pihak sekolah.

    Sharlini Manickam
    A129200

    ReplyDelete
  4. Saya bersetuju dengan langkah-langkah penyelesaian anda kemukakan bagi mengatasi masalah keruntuhan sahsiah dalam kalangan pelajar. Semua pihak yakni semua lapisan masyarakat terutamanya ibubapa dan guru patut mengambil peranan dalam membanteras masalah tersebut daripada terus berlarutan kerana hal ini bukan sahaja boleh menjejaskan masa depan para pelajar tetapi juga negara kita.

    Siti Aishah Ramli (A129308)
    ayeisha_kentzo@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. hai..
    bagi pendapat saya, pelajar dan masalah sosial sememangya sesuatu yang tidak dapat diasingkan lagi. namun, pada hari ini masalah sosial yang berkaitan dengan teknologi amat diperkatakan. terdapat pelbagai jenis yang boleh disenaraikan dibawah masalah ini. bagi saya, ibubapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini. bah kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya'. begitulah dengan kehidupan kita juga. ibubapa harus mendidik anak-anak mereka dengan pndidikan agama yang secukupnya bagi menghindari masalah sosial berkaitan teknologi dikalangan pelajar.

    jayanthi a/p murugasan
    a128962
    jay_ukm@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. Saranan-saranan yang saudari kemukakan relevan dan boleh dipraktikkan dalam masyarakat kita. Ibu bapa terutamanya harus sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka agar mereka tidak menyalahgunakan kemudahan yang ada.

    ReplyDelete
  7. ASSALAMUALAIKUM , MINTA IZI COPY YA . T.KASIH

    ReplyDelete