Sunday 20 November 2011

Isu teknologi - Keruntuhan sahsiah pelajar



Pada era  “dotcom” ini, teknologi telah menjadi salah satu bidang yang sangat penting dalam kehidupan semua orang. Teknologi digunakan secara luas dalam pelbagai jenis bidang-bidang yang lain. Salah satu bidang adalah bidang pelajaran. Kini, pelajar-pelajar digalakkan untuk memanfaatkan teknologi dalam pelajaran mereka supaya mereka boleh memperbaiki prestasi pelajaran mereka. Walaupun teknologi telah memberi banyak faedah kepada masyarakat dan juga Negara, namun terbangkit juga banyak isu-isu mengenai teknologi terutamanya keruntuhan sahsiah pelajar.

penggunaan teknologi secara luas telah menyebabkan pelbagai masalah sahsiah di kalangan para pelajar. Seperti mana yang kita tahu bahawa, semua maklumat boleh di cari dalam internet dengan hanya dengan satu klik. Oleh itu, ini boleh menyebabkan pelajar itu menyalahguna kemudahan tersebut. Pelajar mungkin menggunakan kemudahan tersebut untuk mencari bahan lucah. Dengan ini, ini boleh menyebabkan kemerosotan sahsian pelajar-pelajar. Akibatnya, Pelajar-pelajar akan  terlibat dalam kes-kes jenayah yang lebih berat seperti rogol. Perkara ini akan memberi masalah kepada masyarakat dan negara.

 Selain itu, pelajar-pelajar juga mudah terlibat dalam jenayah cyber. Jenayah cyber adalah aktiviti jenayah dalam komputer. contohnya Penipuan, mencuri perisian, meyalin perisian secara tidak sah, pengintipan, kecurian maklumat, judi siber, skim cepat kaya dan sebagainya. kini, ramai pelajar yang mahir menggukan komputer sering melakukan plagarisme dalam kerja-kerja sekolah mereka. mereka mencuri idea orang lain untuk menjadikan bahan kerja mereka. perkara ini akan menyebabkan pelajar itu tidak mampu memahirkan diri mereka dalam pelajaran.
 
Selain itu, kebebasan untuk menggunakan internet dalam sekolah mungkin akan menyebabkan pelajar itu menjadi malas. mereka mungkin tidak akan memberi perhatian dalam kelas dan leka bermain dengan komputer masing-masing kerana mereka memikir bahawa mereka boleh membuat kerja mereka dengan bantuan komputer.
 
 
 

3 comments:

  1. Hai.
    Memang benar sahsiah pelajar kini semakin rosak. Tanpa teknologi mahupun tidak ia masih sama. Bagaimanapun tidak salah jika cuba membanterasnya daripada awal melalui pelbagai cara. Jadi, lagkah-langkah yang anda kemukakan adalah agak relevan serta boleh diaplikasikan untuk membantu mencorakkan kembali sahsiah yang murni dalam diri para pelajar.

    (^^,)")

    nurul farhana jalani
    a128600
    farrahannaj_89@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. Hai,
    Saya bersetuju dengan pendapat anda. Memang tidak dinafikan bahawa sahsiah dalam kalangan pelajar pada masa kini semakin membimbangkan. terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada keruntuhan moral dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada faktor tersebut adalah kepesatan teknologi dan inovasi. oleh itu, semua pihak seharusnya bekerjasama dalam memupuk semula nilai sahsiah diri yang tinggi dalam diri semua lapisan masyarakat Malaysia.

    Siti Aishah Ramli (A129308)
    ayeisha_kentzo@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. saya setuju dengan isu anda.Teknologi sekarang menjadi satu isu diman masalah penggunaan teknologi memberi kesan yang negatif kepada pelar sekolah.selain itu, perkara yang perlu dipertimbangkan dalam menjana usaha untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mengetahui kesan yang akan kita(pihak sekolah) hadapi pada masa akan datang. sebagai contoh, jika penggunaan wifi dipraktikkan di semua sekolah, ia memberi satu kesan yang amat buruk dimana pelajar-pelajar sekolah boleh mengakses internet melalui telefon bimbit dengan amat mudah sekali. penggunaan teknologi yang lain seperti penggunaan projektor di sekolah dapat menyenangkan proses pembelajaran akan tetapi, bahan-bahan elektronik ini memerlukan kos perbelanjaan yang amat tinggi. alangkah baik jika pelajar lebih menggunakan buku untuk melakukan proses pembelajaran daripada menggunakan alat berteknologi ini kerana harga buku tidaklah setinggi harga bahan teknologi yang diperlukan di sekolah. Sekian Terima Kasih.

    Subhatra a/p Anantha Rao
    A129602
    FSSK
    En.Mohd Jasmy bin Abdul Rahman

    ReplyDelete